![]()
SYUKUR ALHAMDULILLAH ![]()
![]()
Program Khas Merdeka & Hari Malaysia telah berlangsung pada 7 September 2025 (Ahad) di NADI Kampung Serting Ulu telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan! ![]()
Program ini dihadiri oleh Cik. Rini Atikah Binti Mohamad, Penolong Pegawai Penerangan S5 yang mana berkolaborasi dengan NADI bagi program J-Kom.
Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini dari peserta, urusetia, komuniti setempat dan para penyokong yang sentiasa memberi sokongan padu pada aktiviti di NADI ![]()
Antara aktiviti yang menceriakan suasana:
Pertandingan Mewarna Tabika, Tahap 1 & 2
Kuiz Merdeka (Dewasa) – Kahoot
Pertandingan Sajian Sandwich Merdeka
Tayangan Video & E-Sukan
Saringan Kesihatan & Pendaftaran Keahlian Percuma
Semoga semangat patriotik dan perpaduan yang terpancar sepanjang program ini terus menyemai rasa cinta kepada negara.
Sampai jumpa di program akan datang! ![]()
![]()






