Assalamualaikum semua.
Pusat Internet ada menganjurkan Pertandingan Usahawan Baru Online yang mana pertandingan bertujuan untuk membantu para peniaga menggunakan internet sebagai platform berniaga dan meluaskan pasaran untuk menambah pendapatan.
.
Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut :-
1. Mempunyai produk jualan dan belum ada akuan jualan dalam talian (Barangan larangan tidak dibenarkan)
2. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
3. Berumur 18 tahun ke atas.
4. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada).
5. Perlu menyertakan Invois dan Rekod Jualan bulanan (Cetak dari platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir.
6. Pemenang dipilih berdasarkan peratus keuntungan (30 % keatas) dan Jumlah jualan.
.
Jom lapangkan masa anda bagi menambah ilmu perniagaan sambil memenangi hadiah-hadiah yang lumayan…
tak rugi untuk mencuba..
