mcmc
Laporan Aktiviti

Klik Dengan Bijak Program Jom Digital

Tarikh  28 Oktober 2023
 Masa :

 10.00 pagi – 1.00 petang

 Peserta : 200 orang
 Lokasi : Dewan Besar Gedong Lalang 50, Seremban

Aktiviti:- 

Pihak MCMC Negeri Sembilan (NSSO) bersama Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sembilan dan Yayasan Digital telah mengadakan kolaborasi strategik pada 28 Oktober 2023 dengan menjayakan Program Jom Digital – Jangan Jadi Mangsa di Dewan Besar Gedong Lalang 50, Seremban.
Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melibatkan 200 peserta. Turut hadir bersama adalah YB Tengku Hajah Zamrah Tengku Sulaiman, Exco Kesihatan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO.
Pihak MCMC NSSO juga telah membuka reruai Klik Dengan Bijak (KDB) dan memberikan advokasi kepada orang awam serta agensi yang terlibat mengenai inisiatif MCMC termasuk kepentingan Keselamatan Siber di alam maya. Pihak MCMC NSSO juga dibantu oleh Sukarelawan MIV Malaysia ICT Volunteer Kluster Seremban.
Sukarelawan MIV Negeri Sembilan juga komited untuk meningkatkan literasi dan kemahiran ICT di kalangan komuniti setempat.
 

Klik di sini untuk lihat gambar.