mcmc
Maklumat Setempat

Advokasi : Penipuan Kewangan

97442425 1522199501282822 1049904639543083008 n

Assalamualaikum semua…
berjumpa lagi kita di slot Advokasi PIK Kg Serting Ulu…
.
Pada hari ini, kami ingin berkongsi mengenai “ Penipuan Kewangan “…

Sebelum kita kupas lanjut mengenai tajuk ini, apa kata kita tengok dulu video ini.
klik link ini…
https://www.youtube.com/watch?v=gE-8rvCU6hs

Penipuan kewangan sering berlaku dikalangan kita yang mana ia datang dalam pelbagai bentuk ataupun medium seperti panggilan telefon, mesej, whatsapp, email dan sebagainya.
.
Akan tetapi bagaimana kita ini mengetahui perkara itu adalah benar atau tidak dan bagaimana kita untuk mengelak daripada menjadi mangsa “ Penipuan Kewangan”

Untuk menentusahkan sesuatu maklumat :-
– Merujuk kepada pihak yang lebih arif mengenai perkara tersebut.
– Semak perkara tersebut di portal https://sebenarnya.my/
– Rujuk kepada pihak berkuasa.

Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’
Tip Keselamatan:

  1. – Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
  2. – Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
  3. – Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.

– Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.

131389472 1752131864956250 6639216205220655044 o

 

Terima kasih.
Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran kita.

#klikdenganbijak

#malaysiaictvolunteer

#EtikaMediaSosial

#FinancialScam

#KlikDenganBijak

#MCMC

#PenipuanKewangan