As salam semua..
slot Advokasi PIK Kg Serting Ulu…
.
Hari ini kami ingin berkongsi mengenai e-Sisa (Mobile e-Waste)..
.
Tahukah anda apa itu e-Sisa????
e-Sisa adalah terma yang digunakan merangkumi semua jenis peralatan elektrik dan elektronik (EEE) dan bahagian-bahagiannya yang telah dibuang oleh pemilik sebagai bahan lupus tanpa niat untuk digunakan semula. Bagi program E-SISA MUDAH ALIH, SKMM memfokuskan pada pengumpulan peralatan IT dan telekomunikasi kecil seperti telefon bimbit, tablet, kamera dan bank kuasa termasuk dengan alat pengecas dan aksesorinya sekali.
.
Apakah kepentingan untuk kita mengitar semula?
Pentingnya kita mengitar semula kerana barangan e-Sisa yang dibuang mempunyai komponen toksik tidak terurai yang mana ia akan terkumpul dan akan menyebabkan pencemaran yang sangat serius jika dikumpul dengan banyak. Akibatnya, bahan pencemar bertoksik akan menyebabkan masalah kesihatan dalam masyarakat.
Jika kita mempunyai kesedaran mengenai e-Sisa ini kita akan dapat:-
- Memelihara sumber asli
- Mengelakkan Pencemaran
- Mengurangkan perubahan cuaca
- Mengurangkan pembaziran.
Untuk pengetahuan anda di PIK Kg Serting Ulu ada disediakan kotak e-Sisa bagi sesiapa yang ingin mengitar semula barangan eletrik/eletronik mereka.
.
Diharapkan dengan penjelasan yg serba sedikit ini dapat memberi kesedaran mengenai e-Sisa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link dibawah untuk maklumat lanjut..
https://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/what-is-e-waste#section31
