mcmc
Aktiviti SemasaLaporan Aktiviti

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia

🇲🇾✨ SYUKUR ALHAMDULILLAH ✨🇲🇾

Program Khas Merdeka & Hari Malaysia telah berlangsung pada 7 September 2025 (Ahad) di NADI Kampung Serting Ulu telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah dan semangat kebersamaan! 🎉

Program ini dihadiri oleh Cik. Rini Atikah Binti Mohamad, Penolong Pegawai Penerangan S5 yang mana berkolaborasi dengan NADI bagi program J-Kom.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini dari peserta, urusetia, komuniti setempat dan para penyokong yang sentiasa memberi sokongan padu pada aktiviti di NADI ❤️

Antara aktiviti yang menceriakan suasana:

🎨 Pertandingan Mewarna Tabika, Tahap 1 & 2

🧠 Kuiz Merdeka (Dewasa) – Kahoot

🥪 Pertandingan Sajian Sandwich Merdeka

🎮 Tayangan Video & E-Sukan

💉 Saringan Kesihatan & Pendaftaran Keahlian Percuma

Semoga semangat patriotik dan perpaduan yang terpancar sepanjang program ini terus menyemai rasa cinta kepada negara.

Sampai jumpa di program akan datang! 🇲🇾✨

#ProgramMerdekaSertingUlu

#HariMalaysia2025

#KomunitiBersatu

#NADIaktif#NADIMCMC