Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Kampung Serting Ulu telah di buka secara rasmi kepada pengguna pada 9 Oktober tahun 2014 di Kampung Serting Ulu dan ia telah dirasmikan pada 12 Jun 2015 oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Hj Lilah bin Hj Yasin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Palong.
NADI ini juga menyediakan perkhidmatan kepada pengguna :
NADI Kg Serting Ulu adalah di bawah jagaan
- Encik Azizan Bin Hj Talib sebagai Pengurus
- Puan Wan Norbaizurah Binti Rohaizat sebagai Penolong Pengurus.
Penggunaan NADI adalah terbuka kepada semua masyarakat tanpa mengira usia dan digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli NADI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan. Pendaftaran keahlian adalah RM5.00 seorang untuk keahlian seumur hidup. Kelebihan membuat pendaftaran tersebut ialah setiap ahli akan dikenakan caj RM1.00 sejam setiap kali menggunakan kemudahan Capaian Internet manakala bukan ahli sebanyak RM2.00 sejam caj dikenakan. Namun begitu, kadar caj tersebut masih lagi murah berbanding perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet yang lain. Di NADI , setiap penggunaan komputer akan dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan internet. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.
Seterusnya, untuk makluman kepada semua masyarakat pihak NADI tidak akan mengenakan sebarang bayaran ke atas setiap program latihan yang disediakan oleh NADI. Antara latihan yang telah dianjurkan di NADI ialah Bengkel ICT, Klik Dengan Bijak ( KDB ), Latihan Keusahawanan, dan banyak lagi latihan yang akan disediakan disini. Latihan yang disediakan adalah untuk semua lapisan masyarakat dari pelajar berumur 8 tahun sehinggalah warga emas yang ingin belajar mengenai cara penggunaan internet tidak lupa juga kepada usahawan-usahawan kecil yang ingin menjalankan perniagaan secara atas talian.
Dengan adanya NADI Kg. Serting Ulu ini, ia sangat berguna kepada komuniti setempat bukan sahaja kepada penduduk Kampung Serting Ulu malah kepada komuniti kawasan yang berdekatan agar jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar akan dapat dikurangkan seterusnya menjadikan masyarakat celik IT.
